Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, July 9, 2008

Takdir Masih Menyebelahiku

Terasa lega dan tenang di hati ini coz baru mendengar berita ibu di kampung yang mana kesihatan ibu berada dalam keadaan tenat sebelum ini sudah semakin sembuh, Alhamdullilah aku bersyukur kepada Tuhan. Aku memahami perasaan dan penderitaan ibuku selama ini, sebagai ibu tunggal yang membesarkan kami berenam, bukan mudah untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau dan onak berduri ini. Betapa sedihnya hati ini pabila doktor telah mengesahkan bahawa mak telah disahkan oleh doktor mengidap kanser hati stage 4, huh...betapa sempitnya dunia ini aku rasakan tanpa ibu dan segala-galanya macam tak bermakna lagi tanpa ibu tersayang di sisi. Aku tak boleh menerima hakikat kehidupan ini, walau apapun aku hanya mampu berdoa dan berusaha dan tidak akan berputus asa dan yakin bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

1 comments:

umi_e said...

semoga ibu tersayang akan pulih dan sihat...

* sementara ibu masih bernyawa, belai dan tunjukkanlah kasih sayang kepadanya...

** carilah masa yang terluang untuk bersamanya...