Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Saturday, December 20, 2008

Mawi - Ekin Kini Sah Suami Isteri!



JOHOR BAHRU, 20 DIS 2008: Sejarah manis tercipta lagi apabila pernikahan Raja SMS, Asmawi Ani, 27, dan pasangannya, Nora'ashikin Abdul Rahman, 29, selamat disempurnakan dengan penuh istiadat sebentar tadi.


Syukurlah, dengan sekali lafaz, Mawi dan Ekin selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Dato' Hj Maahat Mohd Said di Masjid Sultan Abu Bakar yang tersergam indah di Selat Tebrau.


Turut hadir menyaksikan pernikahan ini adalah Kadi Daerah Johor Bahru, As Syeikh Hj Husni Tamrin Md Sharif serta Imam Masjid Sultan Abu Bakar sendiri, Imam Mahadir Yahya.


Pihak Mawi bersaksikan penyanyi dan pendakwah terkenal, Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz manakala Ekin pula disaksikan oleh penceramah terkenal, Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri.


Pihak Mawi menyerahkan 9 dulang hantaran kepada Ekin berupa Al-Quran, cincin dan peralatan perhiasan diri termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000.


Manakala pihak Ekin pula menyerahkan 11 dulang hantaran berupa Al-Quran, kelengkapan solat serta produk keperluan diri kepada Mawi.


Majlis pernikahan Mawi dan Ekin telah disiarkan secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) ke seluruh Malaysia.


Keindahan majlis akad nikah ini dicantikkan lagi dengan persalinan serba putih rekaan Cosry manakala reka bentuk hiasan dan hantaran pula diuruskan Nas Great Idea bersama solekan oleh Saidutul Nisa dan Tona.


Selepas majlis selesai, sidang media untuk pihak wartawan akan berlangsung sebentar lagi. Malam ini pula mereka akan bersanding dalam majlis resepsi yang dijangka lebih meriah di Stadium Tertutup Johor Bahru.



Sumber Dari Murai.Com



0 comments: